kelmarin

September 28, 2009

Aku mengaku, dulu berbeza. Sekarang sangat keliru. Mungkin kerana aku masih mentah pada waktu dulu, tetapi tidak pula aku katakan yang aku begitu jahil pada waktu sekarang. Mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan ini terjadi. Aku akui ianya tidak seindah seperti yang kita rancang walaupun itu yang kita mahu.

Kadang-kadang, kelmarin merupakan hari yang indah. Saat aku bersamanya. Saat aku masih membencinya. Bermain dengan perasaan. Bermain dengan kejahilan. Bermain dengan kebodohan. Tapi itu kan kelmarin? Kenangan tetapi ianya pasti menyakitkan. Peristiwa itu jangan dilupai kerana ianya kenangan bagi dua insan. Betul?

Kelmarin. Memang hanya tinggal semalam.


Sekarang.

September 7, 2009

Kehidupan sekarang agak berbeza. Setiap hari bekerja dan bekerja. Bila tiba waktu rehat, aku ambil cuti dengan banyaknya. Bos tak marah sebab dia tahu yang aku boleh buat kerja. Janji kerja siap dan tak menyusahkan beliau. Ini kali pertama aku makan gaji dan pada masa yang sama aku berboskan diri aku sendiri.

Siang - keje makan gaji

malam - keje sendiri

Orang disekeliling aku bertanya. Apa kes aku kerja bagai nak gila? Nak watpe cari duit banyak-banyak dan kenapa aku bekerja begitu keras? Ntahlah. Aku masih belum capai apa yang aku mahu dan target aku masih samar-samar. Tempoh masa sudah dekat dan aku sepatutnya menghampiri apa yang aku hendak. Tidak boleh main-main lagi.

Kadang-kadang, kita kene serius. Bila? Sekarang.


Selamat Hari Jadi..

July 5, 2009

Penat. Hari minggu yang meresahkan. Aku sepatutnya berehat, tetapi aku terlebih tidur. Minggu depan ada temuduga. Tak tahu dapat pergi ke tak. Tak mintak lagi cuti dengan bos..

Apapun, selamat hari jadi kepada..

Si RA yang sambut hari jadi pada 15 Jan..
Si NA yang sambut hari jadi pada 29 Jun..
Si ZA yang sambut hari jadi pada 3 Julai..

Semoga korang bahagia noktah!